
Makan Tengahari di Restoran Kokopelli
Tengahari tadi, aku ada "lunch date" dengan orang rumahku di Restoran Kokopelli di PJ. Aku diperkenalkan dengan restoran ini oleh boss aku. Makanannya dan harganya standard western-lah. Cuma bagi aku, elok lagi pergi restoran ini dibandingkan dengan restoran-restoran western yang lain sebab 1) Pemiliknya ialah orang Melayu beragama Islam yang peramah - makanan HALAL 2) "Surrounding" nya lebih "cozy" dan unik...hiasannya artistik 3) "Serving"-nya sesuai sungguh dengan aku yang tak makan banyak, dan masih sesuai dengan mereka yang pemakan. Kata orang "just nice". 4) Harganya bersesuaian - ada yang setara dengan harga kedai "franchise" tetapi ada jugak yang harganya kurang dari RM 10, seperti makanan "signature"-nya iaitu Char Kuey Teow dan yang penting sekali 5) Makanannya sedap...sungguh sedap.
Mintak maaflah...aku terpaksa gunakan gambar yang diambil dari Internet, sebab aku tak bawak kamera....lagipun aku tak ada kamera...orang rumah aku ada...pasal tulah aku nak beli Nokia N82...ada handphone, ada kamera...
Nak cari restoran ni..mudah je....Kalau anda dari Kuala Lumpur...ikut Federal Highway menuju ke Kelang, kemudian keluar di susur keluar Universiti (susur keluar pertama selepas pintu gerbang). Di penghujung susur keluar dekat lampu isyarat di jambatan, belok kanan menuju Hospital Universiti. Belok kiri di lampu isyarat kedua di Jalan Universiti tu (sebelum membelok tu, anda akan nampak sebuah kondo di sebelah kiri anda). Kemudian jalan terus sampai anda berjumpa Sekolah Kebangsaan 1 Sultan Alam Shah, di sebelah kiri anda. Restoran Kokopelli akan berada betul-betul di hadapan sekolah tersebut...iaitu di sebelah kiri anda. Restoran ini sebenarnya sebuah rumah bungalow je. Jadi letaknya memang di kawasan perumahan.
Sekiranya, anda dari PJ - dari Taman Jaya, anda perlu belok kanan di simpang sebelum Hotel Crystal Crown. Dari Asia Jaya, anda perlu jalan terus menuju Filem Negara (jangan belok kiri ke jalan menuju Jaya Supermarket) dan belok kiri selepas Hotel Crystal Crown. Restoran Kokopelli mestilah berada di sebelah kiri anda.
KOKOPELLI Travellers Bistro
6, Jalan Bukit, Section 11/2,
Petaling Jaya.
Tel: 03-7956 7505 (Telefon untuk reservation - amat digalakkan sebab tempat terhad)
Restoran ini dibuka hari Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu – 12 pm sehingga 3pm dan dari 6pm sehingga tengah malam; hari Jumaat, dari 6 pm sehingga tengah malam dan pada Hari Ahad dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang. Hari Isnin tutup. Datang awal sebab tempat meletak kereta adalah terhad.
Jangan terperanjat kalau kadangkala restoran ni nampak tiada pengunjung...kira nasib baiklah tu...sebab pada kebiasaannya, apabila penuh...memang benar-benar tiada tempat langsung nak duduk.
Kadangkala anda akan disambut sendiri oleh pemilik bistro ini, Ariff Awaluddin, yang memang peramah orangnya. Kami bernasib baik dapat berjumpa dengan beliau semasa "lunch date" kali ini.
Kali ini aku makan "signature-dish" nya iaitu Char Kuey Teow. Orang rumah aku makan Seafood Marinara. Aku minum grean tea semantara orang rumah aku pulak order Air Epal. Orang rumahku juga order sup tomato yang katanya memang kelas dan sedap.

Char Kuey Teow
Lain-lain hidangan di Kokopelli.










































































































.jpg)






















































































































































